PENGENALAN PROGRAM

Kem Motivasi PRIEF ( Pemantapan Rohani, Intelektual, Emosi , Fizikal ) dianjurkan khusus kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR & SPM 2013.

Tujuan kem motivasi ini diadakan ialah bagi melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan khususnya kepada calon PMR & SPM 2013. Para pelajar akan didedahkan dengan teknik dan kaedah menghadapi peperiksaan serta kemahiran belajar yang betul. Selain itu, kem ini juga bertujuan membentuk dan memantapkan rohani dan sahsiah diri para pelajar supaya menjadi remaja Islam yang berwawasan melalui solat berjemaah, qiyamullail, solat sunat, tazkirah dan kuliah Subuh.

Kem motivasi ini akan diadakan secara outdoor bagi menarik perhatian pelajar serta mewujudkan suasana ceria. Para pelajar akan terlibat dengan aktiviti berkumpulan yang dapat memupuk semangat kerjasama dan tolak-ansur.

Kem motivasi PRIEF ini dijalankan selama DUA hari SATU malam.

KANDUNGAN KURSUS

1.   Ice Breaking
2.   Motivasi - 'Haiyaalalfalah' Jangan Berdalih Katakan Boleh
3.   Ceramah - Pengurusan Masa Efektif
4.   Panduan & Bimbingan - Teknik Ulangkaji Efektif
5.   Qiyamullail & Tazkirah
6.   Motivasi - Sultan Mehmed Al-Fateh
7.   Riadah & Senamrobik
8.   Panduan & Bimbingan - Tips Menghadapi Peperiksaan
9.   Panduan & Bimbingan - Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan
10. Ceramah - Ke Mana Selepas SPM.

KAEDAH PENYAMPAIAN

1.  Ceramah Motivasi.
2.  Bengkel Latihan.
3.  Aktiviti Dalam Kumpulan.

SASARAN PESERTA

Peserta ialah calon PMR & SPM iaitu pelajar tingkatan 3 & 5 seramai 100 hingga 150 orang pelajar.

OBJEKTIF PROGRAM

Objektif Kem Motivasi PRIEF ini ialah untuk :

a)  Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan PMR & SPM yang bakal            diduduki.
b)  Mndedahkan pelajar dengan teknik dan kaedah menjawab soalan peperiksaan            dengan betul.
c)  Membantu pelajar menguasai teknik dan kemahiran belajar yang betul.
d)  Membentuk dan memantapkan rohani pelajar sebagai seorang remaja Islam.
e)  Membentuk sahsiah diri pelajar ke arah yang lebih baik sebagai seorang remaja          Islam.
f)   Memberi motivasi agar pelajar lebih bersemangat untuk belajar.
g)  Mengingatkan pelajar tentang peranan dan tanggungjawab yang seharusnya                dipikul sebagai seorang pelajar.
h)  Membimbing pelajar mengenai hala tuju selepas tamat pengajian di sekolah                  menengah.

IMPAK PROGRAM

Impak yang bakal diperolehi para pelajar selepas mengikuti Kem Motivasi PRIEF ini ialah :

a)  Pelajar akan lebih cemerlang dalam peperiksaan PMR & SPM.
b)  Pelajar dapat menjawab soalan peperiksaan dengan menggunakan teknik dan              kaedah yang betul.
c)  Para pelajar dapat menguasai teknik & kemahiran belajar yang betul.
d)  Para pelajar akan memiliki rohani yang mantap sebagai seorang remaja Islam.
e)  Pelajar akan memiliki sahsiah diri yang lebih baik sebagai seorang remaja Islam.
f)   Para pelajar akan lebih bersemangat untuk belajar.
g)  Pelajar akan menyedari peranan dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan        berusaha lebih gigih untuk berjaya.
h)  Pelajar akan mengetahui hala tuju selepas tamat pengajian di sekolah menengah.

TEMPOH KURSUS

Bagi memperolehi impak optima serta mengambil kira kelapangan pelajar maka kursus ini dijalankan selama 2 hari 1 malam.

PENGINAPAN

Sepanjang kursus dijalankan, para peserta akan menginap di kem latihan yang selesa.

TEMPAT LATIHAN

Peserta akan menjalani latihan di daerah masing-masing iaitu di kem latihan terpilih.

TENAGA PENGAJAR

SHINE ACADEMY menyediakan tenaga pengajar yang berkaliber dan berpengalaman bagi memastikan matlamat kursus mencapai tahap optimum.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

Kemudahan yang akan diperolehi oleh peserta kursus PRIEF ini ialah:
a) Penginapan yang selesa
b) Makan & minum sepanjang kursus iaitu:

       * Sarapan                        1 kali                                                                                            
* Minum pagi                   1 kali  
       * Makan tengah hari         2 kali
       * Minum petang               1 kali                       
       * Makan malam               1 kali                                                                                            * Minum malam               1 kali

c) Kit nota & bahan latihan

d) Dewan seminar serta kelengkapan dewan
e) Kemudahan riadah
f)  Tempat solat


PENILAIAN

Penilaian akan dilakukan sebaik sahaja selesai kursus melalui borang maklum balas yang diisi oleh peserta. Analisa keberkesanan serta faedah program akan dihantar kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.


KESIMPULAN

Bersandarkan hakikat bahawa bukan sekadar kecemerlangan pelajaran yang perlu dititikberatkan malahan juga pembentukan rohani dan sahsiah diri maka program ini wajar diadakan bagi melahirkan para pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan agama


<<< Kembali


© 2012 Hak Milik INZ Vision Sdn Bhd 68-2-4 Aras 2, Dataran Shemelin, No.68 Jalan 4/91 Taman Shemelin Perkasa, 56100 Jalan Cheras Kuala Lumpur. Tel: 03-92006818 Faks: 03-92006819 E-mel: shineacademy@ymail.com Visit our Blog at:shine-academy.blogspot.com